KRI
Teringat aku pada satu kisah yang aku alami sekitar penghujung tahun
1999 sehingga awal 2000 . Ketika itu aku sedang menjalani Latihan Praktikal di
salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di utara tanah air. Aku bersama
sahabatku Ujie ditempatkan di kuarters yang terletak di dalam kawasan institut.
Alhamdulillah...tak perlulah kami membayar sewa dan menanggung kos pengangkutan
untuk ke tempat kerja, memandangkan kami hanya di beri elaun saku sebanyak
RM300 sahaja sebulan.
Setiap hari kami hanya berjalan kaki pergi dan pulang dari tempat kerja yang jaraknya hanyalah kira-kira 100 meter dari rumah. Perumahan kuarters itu tidaklah besar.....hanya terdapat lebih kurang 15 buah rumah sahaja yang mana ianya dihuni oleh kakitangan institut yang tertentu sahaja, seperti pengetua, timbalan pengetua, warden asrama, penyelia asrama dan pemandu. Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk tinggal di kuarters memandangkan kami hanyalah pelajar praktikal pada ketika itu. Walaupun rumah tersebut agak kecil.....di mana hanya terdapat 2 bilik, satu ruang tamu, bilik air dan dapur yang hanya muat untuk kami berdua. Jadilah….orang bujang lah katakan… Kami berdua selesa dan sangat gembira tinggal di situ....
Tamat sahaja latihan praktikal, aku dan Ujie ditawarkan untuk menjadi pekerja sambilan di institusi tersebut dengan gaji sebanyak RM45 sehari. Alhamdulillah.....kami menerima tawaran tersebut dengan senang hati. Kami masih lagi diberikan peluang untuk terus menduduki rumah kuarters tersebut.
Suatu hari....pihak pengurusan institut telah
mengambil keputusan untuk membuat pengubahsuaian terhadap kuarters tempat kami
tinggal. Setiap rumah akan diperbesarkan sedikit dari saiz asal dengan menambah
sebuah lagi bilik dan kawasan di belakang rumah dipasangkan bumbung. Sekali
lagi kami bersyukur kerana selesalah sedikit jika ada saudara mara yang datang
bertandang ke rumah kami nanti...
Pengubahsuaian keseluruhan perumahan itu memakan masa hampir 3 bulan lamanya. Dalam tempoh itu...tanpa aku sedari, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan aku dari jauh, setiap kali aku pergi dan pulang dari kerja. Sehinggalah pada suatu hari, penyelia kontrak pengubahsuaian yg aku panggil Paklong, datang berjumpa aku... Ketika itu aku sedang duduk di taman permainan bersebehalan dengan rumahku.
"Cikgu....ni Paklong nak tanya....cikgu nih dah ada orang kaa... ".
Pengubahsuaian keseluruhan perumahan itu memakan masa hampir 3 bulan lamanya. Dalam tempoh itu...tanpa aku sedari, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan aku dari jauh, setiap kali aku pergi dan pulang dari kerja. Sehinggalah pada suatu hari, penyelia kontrak pengubahsuaian yg aku panggil Paklong, datang berjumpa aku... Ketika itu aku sedang duduk di taman permainan bersebehalan dengan rumahku.
"Cikgu....ni Paklong nak tanya....cikgu nih dah ada orang kaa... ".
Pertanyaan Paklong aku sambut dengan ketawa... "Hehehe...takdak
lah Paklong..... Awat...?" tanyaku...
"Dak aihhh….saja la Paklong nak tanya.... Kalau ada orang mau kat
cikgu...cikgu mau ka.....?"
Aahhh...sudah...!! Aku masih muda ketika itu.... Belum pun mencecah 25
tahun usiaku. Masih banyak impianku yang belum tercapai. Aku anak sulung dalam
keluarga.....adik-adikku masih bersekolah....itu semua menjadi tanggungjawabku
untuk meringankan beban abah & mak....
Dengan tenang aku menjawab "Maaf lah Paklong....saya tak bersedia lagi....kerja pun tak tetap lagi.... Kalau boleh saya nak sara keluarga dulu... Sekurang-kurangnya sampai adik-adik habis belajaq....baru saya nak pikiaq pasai kawin..." jawabku dengan nada suara yang paling lembut….bimbang jika jawapanku melukakan hati Paklong. Paklong tersenyum padaku....
Dengan tenang aku menjawab "Maaf lah Paklong....saya tak bersedia lagi....kerja pun tak tetap lagi.... Kalau boleh saya nak sara keluarga dulu... Sekurang-kurangnya sampai adik-adik habis belajaq....baru saya nak pikiaq pasai kawin..." jawabku dengan nada suara yang paling lembut….bimbang jika jawapanku melukakan hati Paklong. Paklong tersenyum padaku....
"Tak pa la kalau cikgu dah kata lagu tu... Paklong tanya saja....
Ada orang berkenan kat cikgu....mintak Paklong tolong risik laaa...." kata
paklong dan bersedia untuk berlalu.
Aku sempat bertanya pada Paklong siapakah orang yg merisik aku
itu..... Paklong lantas memuncungkan bibirnya ke arah seorang pemuda yang
berdiri di tepi kereta Paklong, tidak jauh dari tempat kami berbual. Orangnya
kurus, tinggi dan berkulit hitam manis.
"Si Kri tuh....berkenan sangat kat cikgu..... Tiap-tiap hari dok
tunggu cikgu balik kerja..." Aku terdiam mendengarkan kata-kata Paklong....hanya
segaris senyuman aku lemparkan padanya.
Masa berlalu dan Kri hanya memerhatikan aku
dari jauh. Sehinggalah proses pengubahsuaian dilakukan di rumahku.....rumah
terakhir di kawasan kuarters itu.....
Sepanjang tempoh pengubahsuaian di rumahku, setiap
hari aku pasti terdengar Kri mendendangkan lagu Exist - Mengintai Dari Tirai
Kamar.... Sudah menjadi adat kita sebagai orang melayu untuk menghidangkan air,
walaupun untuk pekerja kontrak yang membuat kerja di rumah. Begitu juga aku dan
Ujie… Kami akan bergilir-gilir untuk menghidangkan air kepada Paklong dan
anak-anak buahnya yang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah kami,
selama lebih kurang seminggu. Bila tiba giliranku untuk membawakan minuman, Kri pasti akan
merenung wajahku. Aku perasan akan renungan matanya yang lembut menjamah
wajahku, tetapi aku tidak pernah memberikan sebarang respon kepadanya kerana
bimbang akan disalah ertikan oleh Kri.
Namun begitu, Kri tidak pernah menegurku
walaupun sekali... Setelah selesai semua kerja-kerja pengubahsuaian, Paklong
dan anak-anak buahnya tidak pernah kutemui lagi. Tetapi, Kri telah mengukirkan
lirik lagu yang sering dia dendangkan, di atas simen di belakang rumah kami...
"Silap
aku juga kerna jatuh cinta
Insan
sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya
aku cerminkan diriku
Sebelum
tirai kamar aku buka untuk mengintaimu... "
Masih
segar bait-bait lagu itu di ingatanku. Sehingga kini, setiap kali aku mendengar
lagu itu, pasti ingatanku melayang pada Kri...
Comments
Post a Comment