Irama Seiring Usia....

Aku seorang yang sangat sukakan lagu dan irama, sehinggakan, aku rasa, aku tak boleh hidup tanpanya...bagilah genre apa sekalipun...aku layankan jer... Seingatku, sejak dari kecil...aku memang dibesarkan dengan muzik dan lagu...dah memang sebati dengan jiwa aku... Arwah abah merupakan pemain gitar utama dalam kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) ketika zaman remajanya di kampung. Emak aku juga boleh menyanyi... Ketika kecil, aku dibesarkan oleh Tok Ki (bukan penyanyi tu yer...) dan Tok ku di kampung. Makcik dan Pak Njang ku yang ketika itu masing-masing masih belasan tahun dan awal dua puluhan, memang banyak mendedahkan aku dengan lagu-lagu popular pada zaman itu.... Aku juga membesar dengan lagu-lagu dendangan dari Biduan & Biduanita Negara, antaranya Datuk Jamal Abdillah, Alleycats, Malek Ridhuan, Dwen, Raja Ema, Juliza Adlizan, Sweet Charity, D'Lloyds, The Bubbles, Allahyarhamah Datuk Syarifah Aini, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Sanisah Huri, Uji Rashid, Hail Amir, Razif Ismail, Rafee Hussain, Jay Jay, Datuk Khatijah Ibrahim dan ramai lagi. 

Di era 90'an, ketika itu usiaku meningkat remaja, minatku beralih kepada lagu-lagu berirama rock dan balada.... Antara penyanyi balada yang menjadi pujaanku ketika itu tentulah Noraniza Idris, Dayangku Intan, Rahim Maarof, Ramlah Ram, Ibnor Reza, Eddie Hamid, Shidee, Zaiton Sameon dan ramai lagi.... Sementara kumpulan-kumpulan muzik rock yang menjadi kegilaanku ketika itu, sudah tentulah Wings, Search, Iklim, Damasutra, Lefthanded, May, Bumi Putra Rockers (BPR), Spring, Putra, Rajawali, Terra Rossa, Gersang, Ekamatra, UG14, Massa, Ukays, Naja, Love Hunters, Ella & The Boys dan banyak lagi lah....tak tertaip aku dibuatnya...hahahaha...


Aku menamatkan zaman persekolahan ketika pertengahan 90'an....ketika itu, penubuhan kumpulan-kumpulan rock yang membawakan genre cintan tangkap leleh bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan... Banyak sungguh...sampaikan ada yang aku tak sempat kenal lagunya...tup-tup dah bubar...hahaha... Yang aku ingat, ketika itu, banyak juga kumpulan yang hampir sama namanya...sampaikan aku pun keliru yang mana satu... Spin, Spoon, Scoin, Scan, Screen, Stings, Slash.... Lagu plak semuanya lebih kurang je...tangkap leleh... Hahaha... Hah!! Ada satu lagu dendangan kumpulan Sweet Child tajuknya Tinggal Sayang Tinggal Pujaan...suamiku gelarkan lagu tu sebagai lagu nasik lembik...Hahaha...cuba korang dengar lagu tu dan bayangkan rupa nasik lembik yang melekat sana sini... Hahahaha...adehh laa... Tak lupa juga lagu-lagu dendangan kumpulan-kumpulan popular ketika itu seperti KRU, Lestari, Panji, Arrow, Eye, Umbrella, Budak Kacamata, AXL's dan lain-lain yang masih menjadi kesukaanku sehingga sekarang. Oh yaa...ketika itu, muncul juga kumpulan-kumpulan penyanyi wanita (ala-ala K-Pop)..antaranya Feminin, Elite, Eva, Candy, Res2, M'steen, Mascara dan lain-lain... 


Sehingga kini, aku masih lagi mengikuti perkembangan muzik semasa di Malaysia, dan sekarang nih, makin ramai penyanyi-penyanyi baharu yang muncul...sampaikan aku pun tak kenal yang mana satu. Biasa dengar lagu, tapi tak tau siapa yang nyanyi...sebab sekarang ni kebanyakannya mampu untuk keluarkan single sendiri atau pun jadi artis di YouTube. Cipta lagu sendiri dan nyanyikan di chanel YouTube sendiri...kalau nasib baik, lagu meletop, femes lah...kalo tak, sendulah jawabnya... Artis-artis baharu nih digelarkan sebagai Budak Baru Nak Up atau lebih dikenali sebagai BBNU. Lagu-lagu diorang nih, ada yang sedap di pendengaranku...dan ada juga yang krikk...krikkk.... Hehehehe...😁✌


Comments